Wednesday, July 14, 2010

Kerja pembersihan minggu ketiga

Suami sedang membuat kerja-kerja kayu untuk dipasang pagar papan. Ni buat kerja bawah panas matahari. Kelihatan rumah jiran, abang ali.hujung sekali,kelihatan rumah istimewa iaitu kandang lembu. Jiran juga tu. Banyak lembu yang dibela..baka dari luarnegara pun ada.. Kelihatan juga jalan masuk ke Masahah Sakinah.
Suami saya sedang berehat dan berlindung dari panas terik matahari. Tanah ni tiada tempat berlindung lain.Hanya ini sahaja tempat berlindung bt sementara. Tanah ni mendapat panas matahari dari terbit hingga ke petang..Sabar ajela.


Bakar membakar kerja Afrina suka buat. Pemandangan dari pangkin tempat kami berehat dan berlindung dari panas terik matahari. Bahagian ini sudah masuk sawah..orang negeri panggil kelembah..maksudnya satu kawasan yang berair. Bahagian ini agak menurun kebawah. Ingat nak buat kolam ikan talapia..InsyaAllah.


Afrina semasa pulang bercuti selama 1 minggu sahaja. Afrina sejak dari kecil selalu bersama saya di Masahah Sakinah semasa kerja-kerja pembersihan.

No comments:

Post a Comment