Monday, July 19, 2010

Kerja pada 18/07/2010

Hari Ahad..pagi lagi dah bersiap..setelah semua perkakasan telah dimasukkan kedalam kereta..saya sekeluarga pergi minum dulu. Gerai pertama kami tuju ke Batu 8, Labu. Ada sebuah gerai disana kira ok..nasilemak, roti canai yang garing dan roti telur yang lazat..tp malang hari ni tutup pulak. Selalunya x tutup..agaknya ada kenduri. Kami berpatah balik ke Batu 10..sebuah gerai kira baru juga..ada mcm2, suami makan kuew teow dengan afrina,iqa makan roti biasa tp agak keras. Saya makan roti telur..sedap,lembut dengan kuah kari dan sambal nasi lemak.

Selesai minum pagi..terus pergi ke Masahah Sakinah. Hari tak beli untuk org dikampung.Mak pergi mengaji jadi minum disurau pengajian. Sampai di Masahah Sakinah, cuaca mendung..tak berapa panas..kira oklah camtu.
Payung yang baru dibeli, dipasang dulu. Dapat berteduh juga. Kelihatan rangka pintu pagar telah dipasang..tinggal pasang papannya saja.
Pembahagian kerja dijalankan. Suami mula membuat pahatan untuk pagar disebelah kiri.Cuaca mendung.

Pertama kali..sejak bertahun..iqa berkerja di Masahah Sakinah. Seronok nampaknya. Menunggu tugasan yang perlu dibuat. Gali lubang utk post tiang..
Semangat nampaknya...kerja jangan x kerja. Kelihatan pagar yang telah rebah kebumi.

Post yang telah siap di gali oleh iqa..hanya 3 saja dapat di gali.lepas ni acara bebas.
Kerja pembakaran ranting-ranting dan kayu reput.
Asap..kerja afrina..bakar membakar..mak tolong..asap serang afrina...
Sempat melayari internet..dapat juga signal kat sini. Waktu ni rehat sekejab...apalagi facebookla tu...
Iqa baru nak belajar memahat kayu..saya sedang mengergaji tiang kayu untuk dibuat tanggam..pahat iqa dah ambil..pakai gergaji ajelah..janji kerja dapat dibuat..


Tiba-tiba langit jadi gelap, cepat2 kemas barang masukkan kedalam kereta....hujan...lari!!!!!!!!!sempat sampai kerumah abang Ali.Bereteduh dirumah abang Al;i, hujan turun agak lama kali ni dan agak lebat...budak berdua tu dah pengsan kepenatan.

Pemandangan ketika hujan turun..kearah kebun getah

pemandangan hujan turun kearah tanah jiran yang semak dan hutan kecil

Kearah pokok getah

Tempat kami berehat ,sebelah kiri sikit adalah tapak chalet yang akan ku bina...sabar ajela dulu..

Satu-satu nya pokok buah yang tinggal..aku sebatang pokok manggis

Ada satu kelompok pokok bunga lantana kalau tak silap namanya..adalah taman yang dikerumuni dengan rama-rama dan kupu-kupu yang pelbagai saiz dan warna.sungguh seronok melihat mereka berterbangan...tapio bila saya nak ambil gambar..time kamera snap aje..dia terbang..tinggal pokok bunganya ajelah..ingat nak maintain tempat ni untuk taman rama-rama.

No comments:

Post a Comment