
Peringkat Awal
Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan beberapa kali. Tanah ini pada awalnya telah dibersihkan oleh satu syarikat yang mencari pokok kayu getah tua, yang mana telah diperkenalkan kepada saya oleh seorang veteran kampung.Dipercayai tanah ini adalah merupakan penempatan awal penduduk kampung pada mula-mula kawasan ini diterokai.
Pada zaman penjajah,pihak penjajah telah membina kemudahan pengangkutan terutama keretapi,dengan itu penduduk telah berpindah ketempat yang berhampiran dengan landasan keretapi.
Tanah ini dahulunya ditumbuhi dengan pokok cempedak bangkung..yang sebesar 3 kali pemeluk lelaki dewasa. Selepas kerja pembersihan oleh kontraktor, saya telah mengupah untuk membuat kerjaukur untuk membahagikan keluasan tanah yang saya miliki dan pemilik yang lain. Masahah Sakinah mempunyai keluasan 1.2ekar dan pemilik yang lagi satu 1.2 ekar. Pemilik yang kedua berkongsi dengan ibusaudara beliau.
Pembersihan kedua
Kerja-kerja pembersihan dilakukan setelah tanah ini telah dipenuhi dengan semak dan pokok besar. Setelah berhenti kerja, saya dan suami telah melakukan kerja ini pada hujung minggu . Kerja ini sungguh memenatkan.Tanah ini kembali bersih dan kami telah menandakan sempadan kami dengan cat merah untuk memudahkan kerja mengecam bahagian Masahah Sakinah.
Pembersihan ketiga
Disebabkan kekangan kerja suami dan kesibukan keperluan anak belajar, kerja pembersihan terhenti beberapa tahun. Pada 2008, Kerja pembersihan dilakukan lagi sekali, kali ini kami mengupah sebuah backhoe untuk menjalankan kerja pembersihan.Pagar telah dibuat untuk menghalang lembu memasuki kawasan ini. Sebuah perigi telah digali, ini menyenangkan kami mendapat bekalan air bersih. Ada satu kejadian, bila saja gali ini digali, telah berlaku kejadian seekor monyet jatuh kedalamnya dan telah lemas didalam perigi ini. Amat menyedihkan dan perigi ini perlu ditimba untuk dibuang air yang telah tercemar dengan bangkai monyet tersebut.
Pembersihan keempat
Kerja-kerja pembersihan terhenti lagi sekali, kerana kedatangan bulan Ramadan dan telah disambung pada tahun ini 2010, yang mana tanah ini telah dipenuhi dengan semak dan pokok sebesar peha. Kami telah mengupah orang untuk membersihkannya dalam masa sebulan. Banyak kayu pagar telah reput dan runtuh. Ada pagar yang telah tumbang menyembah bumi.
InsyaAllah kali ini, saya akan berusaha supaya impian saya menjadi impian.
Ikutilah kisah selanjutnya, akan segala usaha saya untuk menjadikan impian saya menjadi kenyataan. Semoga Allah memberi kemudahan kearah tersebut.Wassalam.