
Masahah Sakinah
Ruang ketenangan
Wednesday, November 10, 2010
Monday, July 19, 2010
Kerja pada 18/07/2010








Tiba-tiba langit jadi gelap, cepat2 kemas barang masukkan kedalam kereta....hujan...lari!!!!!!!!!sempat sampai kerumah abang Ali.
Bereteduh dirumah abang Al;i, hujan turun agak lama kali ni dan agak lebat...budak berdua tu dah pengsan kepenatan.

Pemandangan ketika hujan turun..kearah kebun getah

pemandangan hujan turun kearah tanah jiran yang semak dan hutan kecil

Kearah pokok getah

Tempat kami berehat ,sebelah kiri sikit adalah tapak chalet yang akan ku bina...sabar ajela dulu..

Satu-satu nya pokok buah yang tinggal..aku sebatang pokok manggis

Ada satu kelompok pokok bunga lantana kalau tak silap namanya..adalah taman yang dikerumuni dengan rama-rama dan kupu-kupu yang pelbagai saiz dan warna.sungguh seronok melihat mereka berterbangan...tapio bila saya nak ambil gambar..time kamera snap aje..dia terbang..tinggal pokok bunganya ajelah..ingat nak maintain tempat ni untuk taman rama-rama.
Saturday, July 17, 2010
Flora Fest Putrajaya 17/7/2010

Ramai sungguh orang..dari lelaki, perempuan, wanita tua dan muda, keluarga, pelajar sekolah, maktab, universiti. kira semua golongan rakyat tanpa mengira bangsa. Saya dapati kebanyakkan orangramai membeli bunga orkid dan pokok buahan.
Saya beli sebuah payung, selepas proses tawaran, peniaga cina itu setuju menjual dengan rm100.00 dan plastik hitam rm10. Barang ini hendak diguna kat Masahah Sakinah. Payung untuk berlindung dari panas dan hujan. Plastik hitam untuk penanaman pokok buah dan bunga dari kambing dan lembu.
Lepas tu pergi makan ldi gerai berhampiran. Kami pekena mee dan kuew teow Pyan..rasa ok dan menyelereakan. Udangnya besar2..lepas makan kami bertolak balik kekampong..
Friday, July 16, 2010
16 Julai 2010..Ke Sungai Buluh, Apa lagi tengok pokokla.
Pokok kemboja yang berwarna merah jambu..bunga ni agaknya terkejut..layu bila sampai kat rumah..hendaknya pokok ni kuat sekuat Masahah Sakinah.
Pokok bunga kemboja yang telah saya beli di Sungai Buloh..setelah survey kebanyakkan nuseri yang terdapat di situ, saya dapati satu nursei jual dengan harga yang berpatutan..pokok dengan ketinggian 3 kaki dijual dengan harga rm35.00..saya ambil dua warna,lagi satu warna merah jambu..dengan harga yang sama, walaupun pokoknya setinggi 5-6 kaki..agaknya kira bertuah ke saya ni pun tak tau..tp kira oklah...Wednesday, July 14, 2010
Kerja pembersihan minggu ketiga
Suami sedang membuat kerja-kerja kayu untuk dipasang pagar papan. Ni buat kerja bawah panas matahari. Kelihatan rumah jiran, abang ali.hujung sekali,kelihatan rumah istimewa iaitu kandang lembu. Jiran juga tu. Banyak lembu yang dibela..baka dari luarnegara pun ada.. Kelihatan juga jalan masuk ke Masahah Sakinah.
Suami saya sedang berehat dan berlindung dari panas terik matahari. Tanah ni tiada tempat berlindung lain.Hanya ini sahaja tempat berlindung bt sementara. Tanah ni mendapat panas matahari dari terbit hingga ke petang..Sabar ajela.
Bakar membakar kerja Afrina suka buat. Pemandangan dari pangkin tempat kami berehat dan berlindung dari panas terik matahari. Bahagian ini sudah masuk sawah..orang negeri panggil kelembah..maksudnya satu kawasan yang berair. Bahagian ini agak menurun kebawah. Ingat nak buat kolam ikan talapia..InsyaAllah.






