Wednesday, November 10, 2010

Bersantai di Masahah Sakinah.Kg Pulau, Labu,Negeri Sembilan







Gambar-gambar aktiviti yg dibuat semasa kami bersantai di Masahah Sakinah..hujung minggu sahaja kami akan bt kerja DIY

Monday, July 19, 2010

Kerja pada 18/07/2010

Hari Ahad..pagi lagi dah bersiap..setelah semua perkakasan telah dimasukkan kedalam kereta..saya sekeluarga pergi minum dulu. Gerai pertama kami tuju ke Batu 8, Labu. Ada sebuah gerai disana kira ok..nasilemak, roti canai yang garing dan roti telur yang lazat..tp malang hari ni tutup pulak. Selalunya x tutup..agaknya ada kenduri. Kami berpatah balik ke Batu 10..sebuah gerai kira baru juga..ada mcm2, suami makan kuew teow dengan afrina,iqa makan roti biasa tp agak keras. Saya makan roti telur..sedap,lembut dengan kuah kari dan sambal nasi lemak.

Selesai minum pagi..terus pergi ke Masahah Sakinah. Hari tak beli untuk org dikampung.Mak pergi mengaji jadi minum disurau pengajian. Sampai di Masahah Sakinah, cuaca mendung..tak berapa panas..kira oklah camtu.
Payung yang baru dibeli, dipasang dulu. Dapat berteduh juga. Kelihatan rangka pintu pagar telah dipasang..tinggal pasang papannya saja.
Pembahagian kerja dijalankan. Suami mula membuat pahatan untuk pagar disebelah kiri.Cuaca mendung.

Pertama kali..sejak bertahun..iqa berkerja di Masahah Sakinah. Seronok nampaknya. Menunggu tugasan yang perlu dibuat. Gali lubang utk post tiang..
Semangat nampaknya...kerja jangan x kerja. Kelihatan pagar yang telah rebah kebumi.

Post yang telah siap di gali oleh iqa..hanya 3 saja dapat di gali.lepas ni acara bebas.
Kerja pembakaran ranting-ranting dan kayu reput.
Asap..kerja afrina..bakar membakar..mak tolong..asap serang afrina...
Sempat melayari internet..dapat juga signal kat sini. Waktu ni rehat sekejab...apalagi facebookla tu...
Iqa baru nak belajar memahat kayu..saya sedang mengergaji tiang kayu untuk dibuat tanggam..pahat iqa dah ambil..pakai gergaji ajelah..janji kerja dapat dibuat..


Tiba-tiba langit jadi gelap, cepat2 kemas barang masukkan kedalam kereta....hujan...lari!!!!!!!!!sempat sampai kerumah abang Ali.Bereteduh dirumah abang Al;i, hujan turun agak lama kali ni dan agak lebat...budak berdua tu dah pengsan kepenatan.

Pemandangan ketika hujan turun..kearah kebun getah

pemandangan hujan turun kearah tanah jiran yang semak dan hutan kecil

Kearah pokok getah

Tempat kami berehat ,sebelah kiri sikit adalah tapak chalet yang akan ku bina...sabar ajela dulu..

Satu-satu nya pokok buah yang tinggal..aku sebatang pokok manggis

Ada satu kelompok pokok bunga lantana kalau tak silap namanya..adalah taman yang dikerumuni dengan rama-rama dan kupu-kupu yang pelbagai saiz dan warna.sungguh seronok melihat mereka berterbangan...tapio bila saya nak ambil gambar..time kamera snap aje..dia terbang..tinggal pokok bunganya ajelah..ingat nak maintain tempat ni untuk taman rama-rama.

Saturday, July 17, 2010

Flora Fest Putrajaya 17/7/2010




Hari ni, dalam perjalanan balik kekampung, saya dan keluarga singgah ke Putrajaya. Sekarang sedang berlangsung floral fest 2010. Hajat nak membeli payung untuk dibuat teduhan untuk esok semasa memasang papan pintu dan pagar. Tak tertahan panas terik matahari.

Ramai sungguh orang..dari lelaki, perempuan, wanita tua dan muda, keluarga, pelajar sekolah, maktab, universiti. kira semua golongan rakyat tanpa mengira bangsa. Saya dapati kebanyakkan orangramai membeli bunga orkid dan pokok buahan.

Saya beli sebuah payung, selepas proses tawaran, peniaga cina itu setuju menjual dengan rm100.00 dan plastik hitam rm10. Barang ini hendak diguna kat Masahah Sakinah. Payung untuk berlindung dari panas dan hujan. Plastik hitam untuk penanaman pokok buah dan bunga dari kambing dan lembu.

Lepas tu pergi makan ldi gerai berhampiran. Kami pekena mee dan kuew teow Pyan..rasa ok dan menyelereakan. Udangnya besar2..lepas makan kami bertolak balik kekampong..

Friday, July 16, 2010

16 Julai 2010..Ke Sungai Buluh, Apa lagi tengok pokokla.

Pokok kemboja yang berwarna merah jambu..bunga ni agaknya terkejut..layu bila sampai kat rumah..hendaknya pokok ni kuat sekuat Masahah Sakinah.
Pokok bunga kemboja yang telah saya beli di Sungai Buloh..setelah survey kebanyakkan nuseri yang terdapat di situ, saya dapati satu nursei jual dengan harga yang berpatutan..pokok dengan ketinggian 3 kaki dijual dengan harga rm35.00..saya ambil dua warna,lagi satu warna merah jambu..dengan harga yang sama, walaupun pokoknya setinggi 5-6 kaki..agaknya kira bertuah ke saya ni pun tak tau..tp kira oklah...

Wednesday, July 14, 2010

Kerja pembersihan minggu ketiga

Suami sedang membuat kerja-kerja kayu untuk dipasang pagar papan. Ni buat kerja bawah panas matahari. Kelihatan rumah jiran, abang ali.hujung sekali,kelihatan rumah istimewa iaitu kandang lembu. Jiran juga tu. Banyak lembu yang dibela..baka dari luarnegara pun ada.. Kelihatan juga jalan masuk ke Masahah Sakinah.
Suami saya sedang berehat dan berlindung dari panas terik matahari. Tanah ni tiada tempat berlindung lain.Hanya ini sahaja tempat berlindung bt sementara. Tanah ni mendapat panas matahari dari terbit hingga ke petang..Sabar ajela.


Bakar membakar kerja Afrina suka buat. Pemandangan dari pangkin tempat kami berehat dan berlindung dari panas terik matahari. Bahagian ini sudah masuk sawah..orang negeri panggil kelembah..maksudnya satu kawasan yang berair. Bahagian ini agak menurun kebawah. Ingat nak buat kolam ikan talapia..InsyaAllah.


Afrina semasa pulang bercuti selama 1 minggu sahaja. Afrina sejak dari kecil selalu bersama saya di Masahah Sakinah semasa kerja-kerja pembersihan.

Kerja-kerja menggantikan pagar yang telah reput

Tiang kayu sepanjang 5 kaki jenis kayu resak..sedia untuk ditanam selepas disembur dengan ubat anti anai dan disapu dengan solarscreen.
Peralatan yang digunakan semasa kerja dijalankan

Tiang tinggi untuk diletakkan pintu pagar. Kelihatan jiran Masahah Sakinah, Abang Ali dan isterinya. Satu-satu jiran saya ditanah ini.


Tiang-tiang pagar yang akan diganti dengan tiang kayu resak.

Chalet Impian saya


Berikut adalah bentuk rupa chalet yang akan saya bina sendiri. Saya jumpa dari laman web yang saya layari..mungkin sedikit pengubahsuaian dilakukan contohnya tingkap dan bumbung.


Tuesday, July 13, 2010

Kerja-kerja Pembersihan Masahah Sakinah

Peringkat Awal

Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan beberapa kali. Tanah ini pada awalnya telah dibersihkan oleh satu syarikat yang mencari pokok kayu getah tua, yang mana telah diperkenalkan kepada saya oleh seorang veteran kampung.Dipercayai tanah ini adalah merupakan penempatan awal penduduk kampung pada mula-mula kawasan ini diterokai.

Pada zaman penjajah,pihak penjajah telah membina kemudahan pengangkutan terutama keretapi,dengan itu penduduk telah berpindah ketempat yang berhampiran dengan landasan keretapi.

Tanah ini dahulunya ditumbuhi dengan pokok cempedak bangkung..yang sebesar 3 kali pemeluk lelaki dewasa. Selepas kerja pembersihan oleh kontraktor, saya telah mengupah untuk membuat kerjaukur untuk membahagikan keluasan tanah yang saya miliki dan pemilik yang lain. Masahah Sakinah mempunyai keluasan 1.2ekar dan pemilik yang lagi satu 1.2 ekar. Pemilik yang kedua berkongsi dengan ibusaudara beliau.

Pembersihan kedua

Kerja-kerja pembersihan dilakukan setelah tanah ini telah dipenuhi dengan semak dan pokok besar. Setelah berhenti kerja, saya dan suami telah melakukan kerja ini pada hujung minggu . Kerja ini sungguh memenatkan.Tanah ini kembali bersih dan kami telah menandakan sempadan kami dengan cat merah untuk memudahkan kerja mengecam bahagian Masahah Sakinah.
Pembersihan ketiga

Disebabkan kekangan kerja suami dan kesibukan keperluan anak belajar, kerja pembersihan terhenti beberapa tahun. Pada 2008, Kerja pembersihan dilakukan lagi sekali, kali ini kami mengupah sebuah backhoe untuk menjalankan kerja pembersihan.Pagar telah dibuat untuk menghalang lembu memasuki kawasan ini. Sebuah perigi telah digali, ini menyenangkan kami mendapat bekalan air bersih. Ada satu kejadian, bila saja gali ini digali, telah berlaku kejadian seekor monyet jatuh kedalamnya dan telah lemas didalam perigi ini. Amat menyedihkan dan perigi ini perlu ditimba untuk dibuang air yang telah tercemar dengan bangkai monyet tersebut.

Pembersihan keempat

Kerja-kerja pembersihan terhenti lagi sekali, kerana kedatangan bulan Ramadan dan telah disambung pada tahun ini 2010, yang mana tanah ini telah dipenuhi dengan semak dan pokok sebesar peha. Kami telah mengupah orang untuk membersihkannya dalam masa sebulan. Banyak kayu pagar telah reput dan runtuh. Ada pagar yang telah tumbang menyembah bumi.
InsyaAllah kali ini, saya akan berusaha supaya impian saya menjadi impian.
Ikutilah kisah selanjutnya, akan segala usaha saya untuk menjadikan impian saya menjadi kenyataan. Semoga Allah memberi kemudahan kearah tersebut.Wassalam.