Saturday, July 17, 2010

Flora Fest Putrajaya 17/7/2010




Hari ni, dalam perjalanan balik kekampung, saya dan keluarga singgah ke Putrajaya. Sekarang sedang berlangsung floral fest 2010. Hajat nak membeli payung untuk dibuat teduhan untuk esok semasa memasang papan pintu dan pagar. Tak tertahan panas terik matahari.

Ramai sungguh orang..dari lelaki, perempuan, wanita tua dan muda, keluarga, pelajar sekolah, maktab, universiti. kira semua golongan rakyat tanpa mengira bangsa. Saya dapati kebanyakkan orangramai membeli bunga orkid dan pokok buahan.

Saya beli sebuah payung, selepas proses tawaran, peniaga cina itu setuju menjual dengan rm100.00 dan plastik hitam rm10. Barang ini hendak diguna kat Masahah Sakinah. Payung untuk berlindung dari panas dan hujan. Plastik hitam untuk penanaman pokok buah dan bunga dari kambing dan lembu.

Lepas tu pergi makan ldi gerai berhampiran. Kami pekena mee dan kuew teow Pyan..rasa ok dan menyelereakan. Udangnya besar2..lepas makan kami bertolak balik kekampong..

No comments:

Post a Comment